fbpx

Mangsa setuju jadi pembantu rumah, bukan ‘punching bag’ – Hakim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Su Ping (depan) dan Yoke Leng ketika hadir di Mahkamah Sesyen, hari ini.

AMPANG – Dua wanita diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas dua pertuduhan memperdagang seorang wanita warga Indonesia dan mengambilnya itu bekerja tanpa permit yang sah 10 tahun lalu.

Hakim Wan Mohd. Norisham Wan Yaakob memerintahkan demikian terhadap kedua-dua wanita itu, Ong Su Ping Serene, 56, dan Sang Yoke Leng, 53, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut.

Dalam penghakimannya, Hakim itu berkata terdapat keterangan menunjukkan mangsa telah dieksploitasi oleh kedua-dua tertuduh dan melakukan kekerasan terhadap mangsa.

Beliau berkata terdapat keterangan daripada SP5 iaitu jiran tertuduh yang mendengar orang menangis pada waktu malam hingga awal pagi dan jiran tertuduh ada menerima nota kecil daripada mangsa memaklumkan beliau tertekan dan telah diancam sebelum dapat diselamatkan pada 20 Disember 2014.

Wan Mohd. Norisham berkata mangsa, yang juga saksi pendakwaan pertama dalam keterangannya menyatakan beliau turut dikurung, diugut dan diancam oleh kedua-dua tertuduh serta dilarang dan diberi amaran agar tidak berjumpa dan berbual dengan sesiapa bagi meminta pertolongan.

“Mahkamah mendapati mangsa bersetuju untuk bekerja sebagai pembantu rumah, tetapi bukan untuk dijadikan ‘punching bag’,” katanya.

Mengikut pertuduhan pertama, kedua-dua tertuduh, didakwa memperdagang Meriance Kabu, 32, (ketika kejadian) bagi maksud eksplotasi dengan menggunakan kekerasan atau bentuk paksaan lain di sebuah rumah di Persiaran Pandan 7, Pandan Jaya, di sini antara April 2014 sehingga 20 Disember 2014.

Justeru kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 13 Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara tidak kurang tiga tahun dan maksimum 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Pertuduhan kedua, kedua-dua tertuduh didakwa mengambil pembantu rumahnya itu tanpa memiliki permit kerja sah pada tempat, dan tarikh yang sama.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 55B (1) Akta Imigresen 1959/63 dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang
memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 12 bulan atau kedua-duanya.

Sementara itu, pada prosiding sama mahkamah melepas dan membebaskan Su Ping bagi dua lagi pertuduhan iaitu mendatangkan cedera parah dan cubaan membunuh Meriance.

Mahkamah memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan prima facie terhadap kedua-dua pertuduhan itu.

Mengikut kedua-dua pertuduhan tersebut Su Ping didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah dengan mencabut empat batang gigi Meriance menggunakan playar di sebuah rumah di Persiaran Pandan 7, Pandan Jaya, antara 11 April dan 20 Disember 2014 yang didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Jika disabitkan kesalahan itu, dia berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat.

Satu lagi pertuduhan wanita itu didakwa cuba membunuh Meriance semasa mencederakan mangsa di tempat sama pukul 6 petang pada 20 Disember tahun sama yang didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Anisah Pisol manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam S. Preakas.

Mahkamah kemudian menetapkan 19 Ogos ini untuk sebutan kes.

Bagaimanapun pada 28 Julai dan 26 Oktober 2017 kedua-dua tertuduh dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) sebanyak dua kali berikutan saksi pendakwaan tidak hadir ke mahkamah.

Mereka kemudian dituduh semula pada 6 Januari 2023 atas pertuduhan sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI