PETALING JAYA – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin Abu Bakar dikatakan jatuh terlanggar lubang jalan ketika aktiviti berbasikal.
Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau telah menunjukkan wajahnya di laman sosial Twitter yang calar dan cedera akibat kemalangan tersebut.
Beliau turut mengulang ciap seorang rakannya yang berbunyi;
Terima kasih kepada rakan-rakan yang bertanya. Alhamdulillah @khairykj hanya alami kecederaan kecil dan tiada yang serius.
Thank you everyone for reaching out. @khairykj is fine. A little bruised up but all is good. – K! ONLINE