fbpx

15 peratus rakyat Malaysia alami penyakit buah pinggang kronik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PETALING JAYA – Kajian mendapati sebanyak 15 peratus rakyat Malaysia menghadapi penyakit buah pinggang kronik pelbagai peringkat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kebanyakan pesakit itu bagaimanapun tidak menyedari mereka menghadapinya pada peringkat awal.

“Apa yang paling membimbangkan kebanyakan daripada mereka (pesakit buah pinggang) tidak sedar bahawa mereka menghadapi penyakit tersebut.

“Ini disebabkan pesakit-pesakit ini tidak mempunyai sebarang gejala di peringkat awal dan apabila pesakit bergejala, seringkali mereka telah pun berada pada tahap yang serius,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan pelancaran laman web www.MYBUahPinggang.com yang diadakan secara maya hari ini.

Noor Hisham berkata, beliau menyambut baik kewujudan laman web tersebut yang akan menjadi pusat sehenti kepada pelbagai maklumat tentang penyakit buah pinggang.

Menurut beliau, kewujudan laman web tersebut diharap mempertingkatkan tahap kesedaran masyarakat sekali gus mengurangkan kes penyakit buah pinggang kronik di Malaysia.

Kata beliau, walaupun negara sedang sibuk melawan pandemik Covid-19, namun usaha melawan penyakit lain seperti penyakit buah pinggang tetap menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan.

“Kita bukan sahaja mesti menang lawan Covid-19, tetapi menang melawan penyakit buah pinggang kronik,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI