fbpx

Penumpang tren perlu lepasi mesin pengimbas senjata api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alat pengimbas senjata ini akan dipasang di stesen kereta api bawah tanah di New York pada bulan depan. - Eric Adams

BANDAR RAYA NEW YORK  –  Jabatan Polis New York (NYPD) merintis alat pengimbas senjata baharu yang dipasang di stesen kereta api bawah tanah di bandar raya itu buat kali pertama, lapor agensi berita United Press International kelmarin.

“NYPD akan melancarkan mesin pengimbas untuk mengesan  senjata api dan senjata lain di beberapa stesen kereta api bawah tanah terpilih bermula Ogos ini.

“Penumpang yang dipilih secara rawak boleh memilih sama ada untuk melalui mesin pengimbas atau menjalani pemeriksaan beg. Jika mereka menolak kedua-duanya,  mereka mesti meninggalkan stesen kereta api ,” kata Datuk Bandar New York, Eric Adams.

Bercakap dalam program  radio Jonesy in the Morning, Adams berkata, peranti baharu itu bukan sekadar alat pengesan  logam kerana ia boleh menunjukkan pihak berkuasa tempat senjata disembunyikan pada badan seseorang.

“Anggota-anggota polis  akan sentiasa berada di sana melihat ke arah skrin semasa seseorang berjalan melaluinya.

“Apabila anda menjalani pemeriksaan serupa di lapangan terbang, anda perlu berhenti dan mengosongkan poket. Namun kini, anda boleh teruskan berjalan,” ujarnya.

Peranti tersebut dihasilkan oleh syarikat Evolv Technology yang berpangkalan di Massachusetts. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI