fbpx

Hentikan perbincangan child-free, hidupkan suasana kekeluargaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anfaal melihat pameran pada SKNS di Shah Alam, hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Diskusi untuk tidak memiliki anak atau child-free perlu dihentikan di kalangan generasi muda bagi mengelakkan risiko penurunan kadar kependudukan bukan sahaja di negeri ini, malah negara secara amnya.

Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari berkata, isu tersebut juga tidak perlu diiktiraf sebagai trend atau ikutan yang akan mempengaruhi pasangan suami isteri.

Sebaliknya beliau menegaskan, kita perlu membawa tanggungjawab kerajaan dalam mengembalikan nilai kekeluargaan.

“Apabila berkahwin sudah tentu mempunyai zuriat, malah dalam Islam juga antara maqasid syariah adalah tentang keturunan.

“Kita perlu hentikan diskusi tersebut dengan menghidupkan suasana kekeluargaan menerusi sambutan dan program dibawah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPKKN),” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Kependudukan Negeri Selangor (SKNS) 2024, hari ini.

Kosmo! pada 5 Jun lalu melaporkan sejak pandemik Covid-19 ada pasangan di negara ini yang berkahwin namun memilih untuk tidak memiliki anak atau child free di terutama melibatkan generasi muda dengan alasan tidak bersedia bergelar ibu bapa, selesa hidup berdua dengan pasangan dan kenaikan kos sara hidup.

Selain itu, berdasarkan Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan empat negeri menunjukkan kadar kesuburan semakin membimbangkan iaitu Kuala Lumpur dan Pulau Pinang sebanyak 1.2 anak; Sabah (1.3 anak) dan Selangor (1.6 anak).

Menurut Anfaal, kadar tersebut menunjukkan kecendurungan pasangan suami isteri di Selangor untuk memiliki kurang daripada dua anak.

Ujarnya, berdasarkan data kerajaan negeri mengenal pasti kira-kira 80 peratus disumbangkan oleh faktor ekonomi yang menjadi perkiraan suami isteri memiliki anak.

“Jadi, kita akan melihat mungkin dengan bantuan atau subsidi kerejaan negeri (membantu pasangan suami isteri ini). Selain itu, saya meminta agensi kerajaan melalui Wanita Berdaya Selangor membuat kajian waktu kerja anjal sekiranya kita mendapat sokongan bukan sahaja daripada jabatan kerajaan malah pihak swasta.

“Ini semua mungkin akan menyebabkan peningkatan dari segi pertimbangan (masa bersama keluarga) untuk pasangan suami isteri memiliki lebih daripada dua anak,” katanya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI