fbpx

PRK DUN Nenggiri: Pengundi perlu beri peluang semula kepada BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (dua dari kiri) menyerahkan panji-panji BN kepada Ketua Pusat Daerah Mengundi di Balai Rakyat Bukit Cekati, Gua Musang hari ini. FOTO AIMUNI TUAN LAH/ KOSMO!

GUA MUSANG – Pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri perlu memberi peluang dan kepercayaan semula kepada calon Barisan Nasional (BN) untuk berkhidmat di kawasan itu.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, masyarakat di DUN Nenggiri memerlukan sentuhan Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan kawasan berkenaan yang dilihat masih lagi ketinggalan.

Katanya, terdapat banyak lagi permasalahan di sembilan buah kampung tradisional di DUN Nenggiri yang memerlukan bantuan.

“Jika kemenangan berpihak kepada calon BN, ‘abe’ (abang) akan tolong. Kerana kita lihat pembangunan di kawasan luar bandar terutamanya bekalan air, elektrik dan jalan perhubungan desa masih lagi bermasalah.

“Perkara ini semua boleh dilakukan kerana kita adalah kerajaan pusat di bawah Kerajaan Perpaduan. Amat rugi jika orang Nenggiri tidak pilih calon BN yang boleh datang terus berjumpa dengan saya dan pemimpin pusat lain,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera BN di Balai Rakyat Bukit Cekati, di sini hari ini.

Ahmad Zahid memberitahu, PRK Nenggiri kali ini dilihat menjadi medan besar kepada BN untuk menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang lalu.

Katanya, jentera BN akan digerakkan secara habis-habisan bagi memastikan calon Barisan Nasional (BN) Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani merampas kembali kerusi DUN Nenggiri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI