fbpx

Penerima anugerah NKISS mahu jadi pemimpin terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amni Farwizah Rosli menerima Anugerah Pemimpin Puteri Terbaik dari Sekolah Menengah Kebangsan Agama (SMKA) Pahang.

ARAU – Penerima Anugerah Pemimpin Putera Terbaik pada program Nadwah Kepemimpinan Islam Sekolah-sekolah (NKISS), Muhammad Ezzany Irfan Norazif berazam untuk menjadi insan lebih baik dan berkongsi segala ilmu kepimpinan yang diperoleh dengan rakan-rakan di Maktab Tentera Diraja.

Katanya, dia belajar banyak perkara pada program kepimpinan tersebut dan akan menjadikannya panduan dalam menjalani kehidupan.

“Antara perkara yang penting sebagai seorang pemimpin yang baik adalah mempunyai adab, berakhlak dan berintegriti. Ke­semua itu diberi penekanan pada NKISS kali ini dan insya-Allah saya akan terapkan ilmu itu setiap kali dipilih menjadi ketua,” katanya ketika ditemui pada NKISS di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Arau, di sini semalam.

Kata beliau, faktor lain adalah komunikasi yang berkesan, sikap saling hormat menghormati dan kerjasama yang baik sangat pen­ting dalam sesebuah pasukan atau kumpulan.

Muhammad Ezzany

“NKISS memberi pendedahan lebih mendalam sebagai seorang pemimpin masa depan yang baik menerusi pelbagai aktiviti dan modul seperti Menara Madani, Ti­tian Rahmah dan Till Jannah.

“Modul Menara Madani menekankan rasa tanggungjawab dan cintakan negara. Ia berbentuk ‘game show’ dengan menekankan kerja berpasukan untuk membina serta mempertahankan menara Madani yang dibina,” ujarnya yang berasal dari Jitra, Kedah.

Sementara itu, penerima Anugerah Pemimpin Puteri Terbaik, Amni Farwizah Rosli dari Sekolah Menengah Kebangsan Agama (SMKA) Pahang berkata, dia mengetuai kumpulan selaku Pengarah Bintang Achernar juga terkejut apabila diumumkan sebagai pemenang anugerah ber­kenaan.

“Saingan di NKISS peringkat kebangsaan ini lebih sengit, saya bersyukur kerana terpilih sebagai pemenang,” katanya.

Ujarnya, pemimpin beragama Islam perlu menjadikan al-Quran dan sunah Rasululullah sebagai panduan.

“Semua nilai baik seperti adab, berakhlak, berintegriti dan ber­disiplin sangat penting kepada seorang pemimpin. Menerusi aktiviti di NKISS ini saya juga belajar tentang bagaimana mahu merancang strategi bersama pasukan.

“Persefahaman daripada semua ahli juga juga penting untuk mencipta kejayaan,” tambahnya yang berasal dari Tumpat, Kelantan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI