fbpx

Penduduk panik tompokan darah misteri muncul tiba-tiba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penduduk menunjukkan tompokan berwarna merah di hadapan rumahnya. - tvOne

JAKARTA – Penduduk sebuah kampung di Tuban, wilayah Jawa Timur gempar apabila kawasan rumah mereka dipenuhi dengan kesan tompokan berwarna merah yang dipercayai darah, lapor laman berita Berita Jatim.

Menurut salah seorang penduduk Kampung Tuwiri Wetan, Istafada Ilma Nafi’a, kemunculan darah misteri yang tidak diketahui asal usulnya itu berlaku pada Isnin hingga Khamis minggu lepas.

Katanya, tompokan merah itu berada di rumah beberapa penduduk secara bertukar-tukar, selain turut memenuhi teres rumah dan jalan raya.

“Sebenarnya, pada hari Isnin (minggu lepas) ketika waktu pagi, tompokan merah itu sudah ada di beberapa buah rumah, namun kami masih belum mengesyaki apa-apa,” kata  Istafada.

Tambahnya, keesokan harinya, kesan berwarna merah itu muncul kembali di rumah berbeza, menyebabkan ada penduduk yang menyangka ia adalah kesan darah bangkai tikus yang dimakan kucing.

“Namun, pada waktu malam, ada penduduk lain yang menemukan kesan tompokan sama. Bermula dari itu, penduduk mula berasa resah kerana tidak mengetahui darah apakah itu.

“Mungkin, ada yang sengaja mahu menimbulkan panik dalam kalangan penduduk,” jelasnya sambil menambah, ada sebilangan tompokan yang berbau hamis.

Perkara itu sedang disiasat pihak berkaitan bagi menentukan punca kejadian.- AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI