fbpx

MAGGI sedia ruang pelajar cungkil bakat memasak, tingkat kreativiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KETUA Penolong Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, KPM, Rizawani Mustafa (empat dari kiri) dan Ivy Tan (lima dari kiri) semasa pelancaran Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® di Petaling Jaya hari ini.

PETALING JAYA – MAGGI kembali lagi tahun ini dengan Pertandingan Memasak Sekolah-Sekolah Menengah MAGGI (MSSCC) 2024 bagi mencungkil bakat generasi muda dalam dunia masakan selain membuka peluang utuk mereka mengembangkan potensi kendiri, menyerlahkan kreativiti serta belajar kepentingan bekerjasama.

Pegawai Eksekutif Perniagaan, MAGGI, Nestle Malaysia dan Singapura, Ivy Tan berkata, dengan mengetengahkan tema ‘Sajian Cita Rasa Malaysia’, pertandingan kali ini menawarkan hadiah lumayan lebih RM60,000 kepada pemenang.

Katanya, MSSCC ini juga merupakan acara tahunan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (KPM) dan ia telah menerima penyertaan daripada lebih 341,000 pelajar dari 10,000 sekolah di seluruh negara sejak 1997.

“Pertandingan Memasak MAGGI merupakan satu acara tahunan sejak 27 tahun lalu dan ia adalah platform terbaik untuk membantu mengasah bakat pelajar. Kerjasama dengan KPM sekali gus dapat mempromosikan pendidikan dan kemahiran kulinari di peringkat sekolah menengah.

“Selama beberapa dekad, kami telah menjadi sebahagian daripada program ini untuk memberi inspirasi dan membimbing lebih daripada 350,000 bakat muda.

“Kami memperkasakan setiap seorang daripada mereka untuk menghubungkan diri dengan warisan kulinari, mencuba idea-idea baru, dan mengasah kemahiran hidup seperti kebersihan dapur dan penyediaan hidangan yang seimbang,” katanya ketika berucap di Majlis Taklimat Media Bersama KPM di sini, hari ini.

Sementara itu, guru pengiring dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Alwi di Kangar, Perlis, Norhafiza Mohd. Aziz berkata, MSSCC merupakan satu platform terbaik untuk pelajar mencungkil bakat memasak mereka selain mempelajari ilmu masakan secara sihat.

Beliau yang juga alumni MSSCC pada tahun 1999 melihat potensi yang ada dari program pertandingan ini perlu disebarkan secara meluas kepada anak-anak muda dalam kalangan pelajar sekolah bagi meningkatkan kesedaran mereka mengenai kepentingan hidangan makanan seimbang.

“Kalau dahulu saya sudah lalui dan merasai sendiri impak berada dalam program MSSCC ini, kali ini saya ingin bawa anak-anak murid saya untuk merasai pengalaman saya.

“Dalam masa sama, mereka juga akan belajar banyak perkara, belajar memberanikan diri bercakap depan khalayak dan yakin ketika menceritakan tentang produk atau hidangaj mereka,” katanya.

Seorang lagi guru pengiring dari SMK Munshi Abdullah di Kulai, Johor, Mohd. Osman Kassan mamaklumkan, selain dapat mencungkim bakat memasak pelajar, MSSCC ini juga mengajar mereka elemen kerjasama dalam menghasilkan sesuatu yang menarik untuk tatapan orang ramai.

“Pelajar perlu hasilkan video memasak mereka, jadinya mereka perlu ada kerjasama yang baik antara pasukan. Ia bukan melibatkan kerja individu, malah ia memerlukan idea serta tenaga bersama untuk dapat hasil yang baik,” jelasnya.

MSSCC dibuka pelajar berusia 13 hingga 15 tahun dan tempoh penyertaan bermula 1 Ogos sehingga 31 Ogos 2024.

Untuk maklumat lanjut mengenai MSSCC, sila layari https://www.maggi.my/ms/memupuk-generasi-muda/pertandingan-memasak-MAGGI. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI