fbpx

Bunuh rakan selepas berdebat ‘ayam atau telur dahulu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail telur dan ayam di sebuah ladang. - Foto AFP

JAKARTA  – Satu kejadian tragis berlaku apabila seorang lelaki membunuh rakannya sendiri hanya kerana perdebatan remeh tentang sama ada ayam atau telur wujud terlebih dahulu, lapor portal berita BangkaPos.com hari ini.

Kejadian berlaku di Desa Labasa, wilayah  Sulawesi Tenggara pada minggu lalu.

“Pada mulanya, mereka berdebat yang mana lebih dahulu sama ada ayam atau telur,” kata ketua polis tempatan, Abdul Hasan.

Seorang lagi pegawai kanan polis, La Ode Arsangka memberitahu bahawa kejadian bermula sekitar pukul 3 petang (waktu tempatan) ketika mangsa singgah di rumah seorang saksi untuk membayar hutang.

Di rumah saksi tersebut, suspek mengajak mangsa untuk minum minuman keras.

Ketika sedang minum, suspek mengemukakan pertanyaan manakah yang lebih dulu sama ada ayam atau telur.

Suspek kemudian mengambil badik lalu mengejar mangsa dan membunuhnya kerana tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.

Mangsa kemudian menyerah diri kepada polis. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI