fbpx

Mangsa ajak teman, tidak semestinya untuk hubungan intim – Hakim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Bekas pembantu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, diperintah menjalani hukuman penjara 13 tahun dan dikenakan dua sebatan kerana merogol seorang wanita di sebuah hotel selepas sambutan ulang tahun kelahirannya, empat tahun lalu.

Mohd. Zulfahimin Mahdzir, 40, didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini pada 31 Mei lalu atas pertuduhan pindaan kerana merogol wanita berusia 35 tahun itu yang juga kenalan rapat wakil rakyat, Muhammad Hilman Idham.

Hakim Nor Hasniah Ab. Razak berpuas hati bahawa pembelaan ahli perniagaan tersebut tidak mempunyai merit dan gagal menyangkal keterangan saksi-saksi pendakwaan (saksi mata) yang menyatakan wanita itu mabuk pada malam kejadian.

Tertuduh dalam keterangannya pada 15 Januari lalu mengaku mengadakan hubungan intim dengan mangsa, namun mendakwa ia dilakukan dengan kerelaan wanita itu, bukan dalam keadaan mabuk selepas mangsa menggoda dan mengajak menemaninya di bilik itu.

“Bagaimanapun, pembelaan tertuduh bahawa mangsa mengajak menemaninya pada malam itu tidak boleh dikatakan secara automatik bahawa wanita itu merelakan untuk mengadakan hubungan seks dengannya,” demikian menurut penghakiman bertulis hakim berkenaan bertarikh 25 Julai lalu yang diperoleh pihak media melalui laman web mahkamah, hari ini.

Mohd. Zulfahimin didakwa merogol mangsa di antara pukul 1 pagi dan 3 pagi, pada 5 Disember 2020 di sebuah bilik hotel di sini.

Naratif kes pendakwaan menyatakan, pada malam kejadian, mangsa dijemput oleh Muhammad Hilman untuk meraikan majlis ulang tahun kelahirannya (mangsa) bersama-sama tiga rakan lain termasuk tertuduh di restoran hotel berkenaan.

Kelima-limanya serta seorang rakan lain kemudian berhibur di pusat karaoke hotel itu. Mangsa kemudian mabuk selepas mengambil minuman keras sehingga terpaksa dipapah ke bilik hotel. Keterangan pekerja hotel menunjukkan bilik itu didaftar atas nama tertuduh.

Mangsa mengaku berada dalam keadaan separa sedar dan menyedari tertuduh menindihnya. Selepas terjaga kira-kira pukul 4.30 pagi, dia mendapati dirinya dalam keadaan bogel sebelum menemui kondom yang telah digunakan dalam tong sampah bilik hotel itu.

Mohd. Zulfahimin bagaimanapun merayu terhadap sabitan dan hukuman tersebut ke Mahkamah Tinggi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI