fbpx

Jeritan ustaz selamatkan 14 pelajar dalam kebakaran maahad tahfiz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah bangunan dua tingkat yang menempatkan maahad tahfiz musnah dalam kebakaran pagi tadi.

JITRA – Jeritan seorang ustaz berjaya menyelamatkan nyawa 14 pelajar sebuah maahad tahfiz dalam kebakaran sebuah premis dua tingkat di Pekan Kodiang, dekat sini pagi tadi.

Menurut seorang tenaga pengajar di situ, Che Aton Yahya, 66, kejadian yang berlaku sebelum waktu subuh itu sangat pantas sehingga menyebabkan pelajar tinggal sehelai sepinggang.

“Ketika itu para pelajar baru bangun tidur sebelum suami saya, Mohd. Rofiq Abd. Mahmud ternampak api yang masih kecil pada bangunan tersebut.

“Tindakan itu menyebabkan semua pelajar berlari keluar menyelamatkan diri, namun api terlalu cepat merebak menyebabkan barangan mereka tidak dapat diselamatkan. Maahad tahfiz tersebut baru empat tahun beroperasi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, kesemua pelajar berada dalam keadaan selamat dan sedang menginap bersamanya dan suami di rumah berhampiran.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Mohd. Bustan Karudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 5.34 pagi tadi.

Katanya, pihaknya turut menerima bantuan dari pasukan BBP Bukit Kayu Hitam dan BBP Simpang Empat, Perlis bagi memadam kebakaran.

“Sebaik tiba di lokasi didapati rumah dua tingkat yang dijadikan maahad tahfiz sedang terbakar. Kami berdepan cabaran memadam kebakaran memandangkan laluan ke lokasi agak sempit. Api bagaimanapun berjaya dikawal kira-kira pukul 6.45 pagi,” ujarnya.

Tambahnya kebakaran bangunan itu mengakibatkan kemusnahan dianggarkan 80 peratus dengan punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI