fbpx

Olimpik Paris: Dua gol lewat Jepun kecewakan Brazil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANIKAWA (kiri) berjaya meledak gol kemenangan Jepun menewaskan Brazil 2-1 semalam. - AFP

PARIS – Bintang Bayern Munich, Momoko Tanikawa muncul wira apabila kemasukannya menjadi pencetus kebangkitan Jepun meledak dua gol lewat untuk menewaskan Brazil 2-1 pada aksi kedua Kumpulan B Sukan Olimpik Paris 2024 semalam.

Pemain tengah berusia 19 tahun itu dimasukkan ketika permainan berbaki 10 minit dan berjaya menghadiahkan sepakan penalti selepas bola terkena tengan pertahanan Brazil, Yasmin dalam aksi di Parc des Princes, Paris.

Kesempatan itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh kapten, Saki Kumagai untuk menyamakan kedudukan 1-1 buat Jepun pada minit ke-90+2, memadam jaringan Brazil yang diperoleh menerusi Jheniffer da Silva Cordinali Gouveia di awal babak kedua.

Gol penyamaan itu menyuntik semangat tambahan Jepun apabila Tanikawa sekali lagi memainkan peranan penting apabila meledak jaringan kemenangan skuad Samurai Biru tersebut pada minit ke-90+6.

“Saya hanya bersyukur dan berterima kasih di atas peluang yang diberikan oleh jurulatih (Futoshi Ikeda). Dia mempercayai saya kerana memasukkan saya untuk melakukan perubahan,” kata Tanikawa.

Kemenangan berharga itu kembali menghidupkan peluang Jepun dalam saingan Kumpulan B selepas terdahulu membuka kempen dengan kekalahan tipis 1-2 kepada Sepanyol hasil jaringan Aitana Bonmati dan Mariona Caldentey.

Jepun perlu memastikan kemenangan ke atas Nigeria dalam aksi terakhir di Stade de la Beaujoire pada Khamis ini jika mahu mengiringi Sepanyol mara ke pusingan kalah mati sebagai dua pasukan terbaik Kumpulan B.

Brazil pula berdepan tugas lebih berliku kerana perlu menewaskan Sepanyol dan mengharapkan bantuan Nigeria untuk memastikan Jepun tercicir mata dalam aksi terakhir nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI