fbpx

Amah diberkas, rampas dadah dan pistol tiruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang merampas pelbagai jenis dadah dan sepucuk pistol tiruan selepas menahan seorang lelaki tempatan dan dua wanita asing di sebuah rumah di Simpang Ampat dekat sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, operasi pada pukul 5 petang itu membabitkan tangkapan ke atas lelaki berusia 44 tahun bersama dua wanita Indonesia berusia dalam lingkungan 20-an yang bekerja sebagai pembantu rumah.

”Hasil pemeriksaan di dalam rumah itu menemui pelbagai jenis dadah antaranya eramin 5, ketamin, ekstasi dan methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) serta barangan disyaki peralatan menghisap dadah.

“Polis menjumpai sepucuk pistol tiruan berserta botol mengandungi bebola plastik. Turut ditemui satu buku lima berbentuk pisau,” katanya di sini hari ini.

Menurut Hamzah, suspek lelaki tersebut mempunyai enam rekod iaitu dua kes jenayah dan empat dadah, malah ujian air kencing juga positif dadah.

“Dua pembantu rumahnya pula tidak mempunyai rekod jenayah dan memiliki dokumen perjalanan yang sah,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI