KLANG – “Kalau diperlukan kita pergi, kalau tidak diperlukan tidak perlu pergi”
Demikian tegas Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berhubung pendirian parti tersebut bagi membalas kenyataan dikeluarkan Penasihat UMNO Tengku Razeleigh Hamzah berkaitan Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, bulan depan.
Menurut Anthony Loke, pihaknya tidak membuat sebarang masalah mengenainya dengan kehadiran mereka dalam PRK seperti DUN Pelangai yang tidak melibatkan calon parti tersebut sebelum ini adalah atas semangat peraduan.
“Seperti DUN Pelangai, kita turun dan jaha satu dua Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan kita bekerja dan meraih undi bagi pihak Barisan Nasional (BN) yang selama ini mereka kalah di kawasan-kawasan seperti kampung baru Cina dan sebagainya.
“Kita jaga PDM itu dan kita deliver dan kita menangkan calon BN di PRK DUN Pelangai bersama-sama dengan jentera mereka.
“Jadi, mana-mana PRK kalau kita diperlukan, kita turunlah. Kalau orang kata kita tak perlu turun, kita tak perlu turun,” katanya pada sidang akhbar selepas meninjau Projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT) Pasar Jawa, di sini hari ini.
Sebelum ini, Tengku Razeleigh yang juga Ketua Bahagian UMNO Gua Musang memaklumkan tiada keperluan DAP berkempen pada PRK Nenggiri yang akan berlangsung 17 Ogos depan.
Mengulas lanjut, Anthony Loke turut memaklumkan DAP juga mendapat kerjasama yang baik daripada BN khususnya UMNO Selangor semasa PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB).
“Kita mengucapkan terima kasih ( dengan kemenangan calon DAP pada DUN KKB itu,” katanya. -KOSMO! ONLINE