fbpx

Jokowi mulakan tugas di Nusantara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail Jokowi di Nusantara, Kalimantan. - Foto Sekretariat Presiden Indonesia

JAKARTA – Presiden Joko Widodo (Jokowi) memulakan tugas beliau di ibu negara baharu Indonesia, Nusantara di Kalimantan, lapor portal berita M Berita hari ini.

Serentak dengan itu, Jokowi turut menghadiri majlis perasmian Jambatan Pulau Balang yang baru siap dibina. Infrastruktur berkenaan menghubungkan Nusantara dengan bandar Balik Papan,

Pembinaan ibu negara baharu bagi menggantikan Jakarta itu bermula Jun 2022 dan menelan belanja AS$34 billion (RM175.7 bilion). 

Nusantara dibina selepas ibu kota di Pulau Jawa itu mengalami pencemaran dan kesesakan selain terdedah kepada bencana alam seperti gempa bumi serta  berisiko tenggelam akibat perubahan iklim.

Saiz ibu negara baharu itu kira-kira dua kali ganda lebih besar daripada  Bandar Raya New York di Amerika Syarikat.

Ibu negara baharu itu akan dirasmikan ketika sambutan Hari Kemerdekaan ke-79 Indonesia pada Ogos ini. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI