fbpx

Bomba gemuk tak akan naik pangkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Hisham (belakang,tengah) bersama pemenang Kejohanan Ragbi Bomba 10's Piala Ketua Pengarah JBPM di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menetapkan indeks jisim badan (BMI) akan menjadi kriteria utama kenaikan pangkat pegawai dan anggotanya.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, BMI yang ideal juga akan menjadi antara syarat bagi pemberian anugerah perkhidmatan cemerlang (APC) dan pingat perkhidmatan.

Beliau berkata, pendekatan tersebut bertujuan bagi memastikan setiap pegawai dan anggota agensi itu memiliki berat badan ideal untuk memenuhi tuntutan kerja yang memerlukan kekuatan fizikal.

“Seramai 1,900 orang atau 17 peratus daripada pegawai dan anggota JBPM dikenalpasti mengalami berat badan berlebihan.

“Sebahagian mereka juga didapati menghidap penyakit tidak menjangkit seperti tekanan darah tinggi,” katanya ketika ditemui di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail di sini hari ini.

Nor Hisham berkata, kesemua pegawai dan anggota bomba yang obes tersebut kini dalam perhatian JBPM melalui program ‘Wellness Hub’ yang dilancarkan dua bulan lalu.

Beliau berkata, program ‘Wellness Hub’ yang kini dilaksanakan di 26 lokasi mula menunjukkan kesan positif. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI