PETALING JAYA – Keadaan cuaca panas dan kering di Lembah Klang dilihat berakhir apabila hujan kembali membasahi beberapa kawasan pagi ini.
Tinjauan Kosmo! mendapati ketika inii hujan masih melanda Lembah Pantai dan beberapa kawasan sekitar ibu kota.
Sementara itu, berdasarkan perkongsian Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di laman Facebook selain ibu kota hujan turut diramalkan barlaku di beberapa kawasan di seluruh negara.
Antara negeri negeri terlibat adalah Perlis, manakala di Kedah ia melibatkan kawasan di
Langkawi, Kubang Pasu, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
“Keadaan sama turut berlaku di seluruh Pulau Pinang dan Perak. Bagi negeri Pahang pula antara kawasan terlibat adalah di Tanah Tinggi dan Cameron.
“Turut berlaku seluruh kawasan di Selangor dan Putrajaya, manakala Negeri Sembilan ia melibatkan kawasan di Seremban dan Port Dickson,”kata MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE