fbpx

Wanita berlari 700 kilometer dari Kelantan sampai Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Natalie menempuh perjalanan sejauh 700 kilometer dari Kelantan ke Johor Bahru. - Guinness World Records

KUALA LUMPUR – Seorang wanita dari Australia memecah Guinness World Records selepas merentas Semenanjung Malaysia dengan berlari dalam masa lapan hari dan 46 minit, lapor agensi berita United Press International.

Natalie Dau menempuh perjalanan sejauh 700 kilometer (km) dari Kelantan ke Johor Bahru sepanjang tempoh tersebut.

Rekod itu menambah senarai pencapaian ultramaraton peribadinya yang bermula dengan perlumbaan sulung pada 2019.

Pengembaraannya di Malaysia adalah sebahagian daripada Projek 1,000, iaitu perjalanan sejauh 1,000 km dari Thailand ke Singapura.

Bagi mengharungi laluan itu, Natalie berlari antara 85 km hingga 95 km setiap hari, yang bermula seawal pukul 12.35 tengah malam untuk mengelakkan panas.

“Dua puluh kilometer terakhir setiap hari adalah yang paling sukar yang pernah saya alami,” kata Natalie.

Dia melakukan percubaan itu bagi mengumpul wang untuk sebuah badan amal global yang menyokong gadis dan wanita melalui sukan yang dipanggil GRLS. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI