fbpx

Sempat pegang sebelum jatuh Jambatan Tendong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang awam menenteramkan seorang wanita yang cuba terjun ke Sungai Kelantan dari Jambatan Tendong, Kota Bharu hari ini. -Foto MEDIA SOSIAL

KOTA BHARU – Seorang wanita sempat diselamatkan oleh orang awam daripada terjatuh ke Sungai Kelantan dari Jambatan Tendong, di sini hari ini.

Wanita yang berusia dalam lingkungan 40-an itu disedari sedang berada di penghadang jambatan tersebut kira-kira pukul 2 petang tadi.

Menurut seorang saksi dikenali sebagai Azmi, dia melihat wanita itu dalam keadaan mencurigakan semasa melalui jambatan jtu.

Katanya, orang awam kemudian memberhentikan kenderaan sebelum ada yang cuba memujuk wanita terbabit.

“Pengguna jalan raya yang melalui jambatan tersebut juga cuba membantu memujuk wanita itu supaya tidak terjun ke dalam sungai.

“Selang beberapa minit, wanita itu tidak meneruskan hasratnya sebelum ditenangkan oleh orang awam,” ujarnya.

Difahamkan, wanita itu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini untuk pemeriksaan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd.Rosdi Daud ketika dihubungi berkata, pihaknya setakat ini tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI