fbpx

Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi tidak sekat kebebasan bersuara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nie Ching ketika melawat NADI Pangkalan Kota di George Town, hari ini. Foto oleh SAFINA RAMLI/KOSMO!

GEORGE TOWN – Langkah kerajaan yang bakal menguatkuasakan Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi ke atas semua perkhidmatan media sosial dan pesanan internet bukan bertujuan menyekat kebebasan bersuara rakyat negara ini.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching sebaliknya berkata, langkah tersebut bertujuan memastikan pengendalinya lebih bertanggungjawab dan mempunyai prosedur operasi standard (SOP) sebelum memuat naik kandungan di platform masing-masing.

“Saya nak maklumkan kepada semua bahawa kandungan yang diminta diturunkan dari platform media sosial oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) 50 peratus darinya adalah melibatkan perjudian dan penipuan.

“Jadi kita mahu pengendali perkhidmatan media sosial dan pesanan internet lebih bertanggungjawab, ketatkan lagi SOP dan panduan komuniti mereka supaya kita tidak nampak bahawa kes jenayah dalam talian atau kes seksual kepada kanak-kanak meningkat,” katanya selepas merasmikan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pangkalan Kota, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi itu juga bertujuan untuk memerangi peningkatan kes jenayah siber termasuk penipuan dalam talian, buli siber dan jenayah seksual terhadap kanak-kanak yang semakin meningkat pada masa ini.

Katanya, sebanyak 360 kes seksual melibatkan kanak-kanak di media sosial direkodkan pada 2022 dan meningkat kepada 525 kes pada 2023 dan 288 kes dicatatkan dari Januari hingga Jun tahun ini.
– KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI