fbpx

Olimpik Paris: Langkah kanan Zii Jia di Paris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA akan turun beraksi menentang jaguh Thailand, Kunlavut hari ini bagi memburu tempat ke perlawanan akhir.

KUALA LUMPUR – Jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia membuka kempen Sukan Olimpik Paris 2024 dengan langkah kanan selepas mengatasi pemain Sri Lanka, Viren Nettasinghe dengan kemenangan straight-set sebentar tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Porte de la Chapelle Arena tersebut, Zii Jia menampilkan perlawanan cukup agresif apabila menundukkan lawannya itu menerusi kemenangan 21-14, 21-12 dalam tempoh minit 35 minit.

Kemenangan itu meletakkan Zii Jia dalam landasan terbaik untuk memburu kedudukan selaku juara kumpulan sekali gus mengesahkan tiket ke pusingan 16 terakhir.

Zii Jia yang diletakkan harapan untuk membawa pulang pingat emas buat negara itu dijadual bertemu pemain berpengalaman Sepanyol, Pablo Abian, Rabu ini yang dijangka menjadi penentu gelaran juara dan naib juara kumpulan.

Mengikut format pertandingan, hanya juara kumpulan dalam acara perseorangan mendapat tiket pusingan 16 terbaik.

Sebagai rekod, ini adalah penampilan kedua Zii Jia di Olimpik kerana pada edisi lalu di Tokyo 2020, juara All England 2021 itu tumbang pada aksi peringkat 16 terakhir di mana dia tumpas di tangan pemenang pingat emas Olimpik Rio 2016 dari China, Chen Long. -KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI