fbpx

Pekan Raub dinaiki air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

PETALING JAYA – Beberapa kawasan di sekitar daerah Raub, Pahang dinaiki air berikutan hujan lebat tanpa henti sejak petang tadi.

Menurut perkongsian daripada seorang pengikut Kosmo! Online @nash_bahar, kawasan pekan Raub mulai dipenuhi pengguna jalan raya yang terkandas susulan paras air yang semakin meninggi.

“Mohon doakan hujan semakin reda kerana beberapa kawasan rendah di sini sudah mula dinaiki air dan kawasan ini juga mulai padat dengan pengguna jalan raya yang terkandas.

“Tempat lain tidak dapat dipastikan tetapi di sini hujan sejak petang tadi tidak berhenti, sekejap lebat sekejap renyai,” katanya.

Orang ramai dinasihati agar sentiasa menjaga keselamatan diri dan memandu dalam keadaan berhati-hati susulan paras air yang mengganggu penglihatan.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI