fbpx

EPL: Liverpool terpaksa berputih mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HOWE enggan melepaskan pemain tonggaknya itu biarpun diinginkan Liverpool. - AFP

LONDON – Liverpool dilaporkan enggan menghentikan usaha mereka untuk mendapatkan khidmat Anthony Gordon biarpun Newcastle United mengesahkan bahawa tidak akan menjual pemainnya itu.

Rundingan rasmi antara kedua-dua kelab mengenai potensi perpindahan pemain itu sudah dilakukan pada awal musim panas kali ini, namun tanda harga yang diletakkan gagal mencapai kata sepakat.

GORDON berminat untuk menyertai Liverpool memandangkan Gerrard adalah pemain idolanya. – AFP

Gordon yang juga bekas pemain Everton sebelum ini mengakui sangat terbuka untuk menyertai Liverpool ketika dia sangat mengidolakan legenda kelab itu, Steve Gerrard sekali gus menyertai kelompok kecil pemain yang beraksi untuk kedua-dua kelab dari Merseyside itu.

Pengendali Newcastle, Eddie Howe mengakui bahawa tidak bersedia kehilangan salah seorang pemain tonggaknya itu dan bersedia untuk memainkan peranan bagi menghalang perpindahan itu daripada berlaku.

“Saya akan menggunakan tiga tangan sekiranya saya mempunyainya untuk menyambut kepulangan Anthony daripada skuad kebangsaan. Dia adalah sebahagian daripada perancangan yang telah kami lakukan.

“Kami tidak pernah membincangkan mengenai sebarang perkara yang merosakkan atau negatif sepanjang musim panas ini. Saya mahu peminat tahu bahawa dia adalah pemain yang sentiasa memberikan segala-galanya untuk Newcastle.

“Kenapa kami patut kehilangan salah seorang pemain terbaik yang dimiliki kelab ini? Kami telah menghadapi kesukaran ketika mahu mendapatkannya sebelum ini dan tidak mungkin kami akan biarkan dia pergi dengan mudah,” jelasnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI