KUCHING – Seramai lapan wanita warga asing ditahan dalam serbuan oleh Bahagian Penguat Kuasa Imigresen (BPI) Kuching ke atas sebuah sarang pelacuran di sini kelmarin.
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak menerusi satu kenyataan memaklumkan, hasil serbuan tersebut, seramai lapan wanita warga asing ditahan.
“Ada di antara mereka sedang melayan pelanggan ketika anggota serbuan menjalankan pemeriksaan.
“Menurut sumber, wanita warga asing tersebut menawarkan perkhidmatan seks dengan kadar bayaran RM200 untuk sekali perkhidmatan,” katanya.-KOSMO! ONLINE