fbpx

United buang dua mata berharga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fernandes (kiri) muncul pemain terbaik United sewaktu seri 2-2 dengan Leicester di Old Trafford sebentar tadi.

LEICESTER – Manchester United mensia-siakan kelebihan apabila membenarkan Leicester City bangkit dua kali untuk mencatat keputusan seri 2-2 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium King Power sebentar tadi.

Keputusan seri itu menyaksikan The Red Devils gagal mencetak kemenangan keempat berturut-turut dalam semua kejohanan sejak terikat tanpa jaringan dengan Manchester City di Stadium Old Trafford pada 13 Disember lalu.

Bagaimanapun, ia tetap dilihat satu keputusan positif buat United yang kini masih belum tewas dalam lapan perlawanan liga berturut-turut sejak kalah 0-1 kepada Arsenal di Old Trafford pada 2 November lalu.

Dalam aksi sebentar tadi, skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer bermula cemerlang apabila membuka tirai jaringan menerusi Marcus Rashford pada minit ke-23 sebelum Harvey Barnes menyamakan kedudukan buat Leicester lapan minit kemudian.

Gergasi England itu kembali mendahului The Foxes pada minit ke-79 menerusi percubaan Fernandes yang muncul pemain Portugal pertama berjaya meledak 10 gol dalam kempen EPL sejak Cristiano Ronaldo melakukannya pada musim 2008/2009.

Hasrat untuk meraih tiga mata bagaimanapun tidak kesampaian apabila barisan pertahanan United membenarkan Jamie Vardy menolak masuk hantaran Ayoze Perez pada minit ke-85 untuk menamatkan perlawanan dengan keputusan 2-2.

“Saya sangat kecewa kerana kami ada peluang meraih tiga mata tetapi nasib kami kurang baik hari ini. Kami perlu lupakan keputusan ini dan fokus untuk aksi-aksi seterusnya,” kata Fernandes yang dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan tersebut.

Selepas ini, United dijadualkan bertemu Wolverhampton Wanderers di Old Trafford awal pagi Rabu ini, manakala Leicester yang dikendalikan Brendan Rodgers akan bertandang ke Selhurst Park menentang Crystal Palace pada Isnin ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI