fbpx

Benteng JDT kukuh kehadiran pemain baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUN-HEONG bakal memperkuatkan skuad Harimau Selatan bagi mengharungi Liga Malaysia serta saingan ACL Elite. - FB JOHOR SOUTHERN TIGER

KHABAR angin bahawa Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menandatangani Park Jun-heong terjawab apabila pemain kelahiran Korea Selatan itu diperkenalkan sebagai pemain baharu juara bertahan Liga Super.

Pengumuman menerusi klip video berdurasi 37 saat dikongsikan di beberapa akaun media sosial rasmi Harimau Selatan iaitu Instagram officialjohor dan Facebook Johor Southern Tigers.

Jun Heong, 31, yang bakal menyarung jersi nombor 13 itu sebelum ini mewakili kelab dari Liga Thailand, Ratchaburi FC.

Kehadiran pemain bek tengah tinggi lampai itu dilihat mampu memperkuatkan juara Liga Super 10 musim berturut-turut itu selain menghadapi cabaran getir di saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) Elite.

Jun Heong yang pernah bermain bersama Suwon Samsung Bluewings di Korea Selatan serta menimba pengalaman di Eropah bersama Académico de Viseu di Liga Portugal serta Kitchee di Hong Kong.

Kemasukan Jun Heong dilihat akan memberi saingan kepada Jordi Amat, Shane Lowry dan Feroz Baharudin bagi merebut posisi pertahanan tengah itu.

JDT merupakan wakil tunggal negara yang bersaing dalam ACL Elite yang akan membuka tirainya pada September ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI