fbpx

Remaja hilang selepas sambut hari lahir adik ditemui mati lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat Muhammad Izzham Hakimie ditemui di Pantai Chenang, Langkawi pada pagi ini.

LANGKAWI – Seorang remaja lelaki yang hilang ketika mandi di Pantai Chenang, di sini selepas menyambut hari lahir adiknya pada petang semalam ditemui mati lemas, pagi ini.

Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Mohd Zamri Abdul Ghani berkata, mayat mangsa, Muhammad Izzham Hakimie Azizi, 15, ditemui pada pukul 10.08 pagi tadi.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan mangsa bersama adik perempuan dan dua rakan lelaki mandi di Pantai Chenang sebelum kesemua mereka lemas.

Muhammad Izzham Hakimie hilang selepas dikatakan cuba menyelamatkan adik perempuannya itu, manakala adik mangsa serta dua rakan berjaya diselamatkan dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Maliha (HSM).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI