fbpx

Dugaan Lim daftar politeknik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lim ketika baru sahaja tiba di Politeknik Balik Pulau dan bergambar bersama Zaidil serta senior-senior yang lain.

PETALING JAYA – Kisah seorang pelajar baharu untuk mendaftar pengajiannya bukan sahaja meruntun hari orang ramai malah memberi inspirasi kepada anak muda di luar sana untuk tidak berputus asa.

Cabaran pelajar baharu yang dikenali sebagai Lim itu bermula apabila terpaksa datang seorang diri ke Pulau Pinang dari Batu Pahat tanpa ditemani keluarganya kerana kurang berkemampuan.

Bagaimanapun, disebabkan pada waktu puncak dan tiket bas sudah pun habis dijual, Lim perlu datang awal sehari daripada hari pendaftaran yang ditetapkan ke Politeknik Balik Pulau.

Namun Lim bernasib baik apabila dirinya dibantu oleh seorang pegawai hal ehwal pelajar dikenali sebagai Zaidil Adha yang menguruskan kemasukan awalnya dari mula hingga ke akhir.

Menurut Zaidil di hantaran Facebooknya, pertama kali bertemu Lim adalah ketika dia baru sahaja tiba di hadapan perpustakaan politeknik dengan lengkap berbaju formal yang sepatutnya dipakai pada hari pendaftaran pada Ahad (28 Julai).

Zaidil kemudiannya meminta Lim untuk menukar baju untuk membawanya ke kedai terdekat untuk membeli barang kelengkapan diri sebelum mendapati pelajar itu tertukar bagasinya dengan penumpang lain.

“Saya tidak sanggup membiarkannya dalam kesulitan. Saya berkata, ‘Jom saya bawa awak ke Terminal Bas Sungai Nibong’. Bawa beg yang salah itu bersama.

“Dalam kereta, saya memberi semangat kepadanya. Saya bertanya berapa tambang Grab yang dia bayar tadi. Lim menjawab RM55. Terperanjat saya! Biasanya caj hanya dalam RM20 hingga RM25 sahaja.

“Saya sangat kagum kerana Lim bukan sahaja tidak pernah ke Pulau Pinang, dia juga tidak pernah menaiki bas ekspres,” tulisnya.

Ceritanya lagi, sepanjang perjalanan Lim kelihatan sangat teruja lebih-lebih lagi ketika melalui Jambatan Pulau Pinang dan sempat mengambil beberapa keping gambar untuk dihantar kepada bapanya.

Katanya, selepas bagasi Lim ditemui semula, Zaidil membawa pelajar itu pergi makan tengah hari serta membeli barang keperluan diri.

“Setiap kali mengambil barang, Lim akan mengira di kalkulator telefon bimbitnya untuk memastikan dia tidak melebihi bajet.

“Di kaunter bayaran, saya bayarkan semua barang yang dibelinya. Lim tunduk-tunduk seperti orang Jepun mengucapkan terima kasih. Sampai di politeknik, saya hantar Lim ke biliknya.

“Tak lama kemudian, senior-senior berbangsa Cina datang menyapa dan membantu Lim. Saya berasa puas hati dapat membantu pelajar ini. Moga Lim belajar bersungguh-sungguh di politeknik,” tulisnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI