fbpx

Peruntukan RM14 juta untuk bina baru Pasar Pasir Pinji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOR MING (empat dari kanan) menyempurnakan Majlis Perasmian Pasar Sementara Pasir Pinji dekat Ipoh hari ini.

IPOH – Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyediakan peruntukan sebanyak RM14 juta bagi pembinaan baharu Pasar Pasir Pinji.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, pembinaan semula pasar berusia lebih 50 tahun yang akan menempatkan 214 peniaga itu bakal siap pada 2027.

Katanya, projek pembinaan dijangka bermula tahun ini selepas proses tender bagi lantikan kontraktor dimuktamadkan sebaik sahaja penyertaan ditutup pada 4 Ogos depan.

“Pasar Pasir Pinji yang akan siap dibina itu nanti mempunyai beberapa ciri iaitu menjadi pasar pertama yang disertakan dengan Indeks Bangunan Hijau (GBI), reka bentuk yang canggih, mesra alam dan lestari serta selesa kepada peniaga dan pengunjung.

“Setakat ini, reka bentuk bagi pasar ini telah pun siap dan kita hanya menunggu lantikan kontraktor yang dibuat melalui tender terbuka. Kita jangka tahun ini (mulakan projek),” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Pasar Sementara Pasir Pinji di sini hari ini.

Menurut Kor Ming, dua lagi pasar lama yang berusia lebih 50 tahun di Perak iaitu Pasar Buntong dan Pasar Menglembu antara yang akan diberi perhatian pihaknya untuk bina semula atau naik taraf.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI