fbpx

Anjing lapar makan tuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis menemui lebih 30 ekor anjing di dalam rumah dengan sampah sarap merata-rata. - CTN News

BANGKOK – Polis di Bangkok menemui mayat seorang pesara yang hidup berseorangan bersama lebih 30 ekor anjing peliharaannya.

Polis berkata, anjing -anjing itu mula memakan mayat tuannya kerana kelaparan.

Menurut polis, mangsa dipercayai meninggal dunia sudah lebih seminggu.

Kelmarin, anggota dari Balai Polis Nimit Mai, Bangkok melaporkan menemui mayat lelaki berusia 62 tahun itu di sebuah rumah dua tingkat di daerah Khlong Sam Was, Bangkok.

Laman berita Thairath melaporkan, apabila polis tiba, mereka menemui lebih 30 ekor anjing di dalam rumah itu dengan sampah sarap merata-rata.

Unit forensik mengenal pasti si mati sebagai Attapol dan merupakan pemilik rumah tersebut.

Dia ditemui mati di sisi katilnya di tingkat dua tanpa sebarang tanda serangan.

Kaki kirinya pula tinggal tulang kerana dimakan oleh anjing-anjing peliharaannya.

Jiran mangsa  dikenali sebagai Sompong, 53, yang membuat laporan polis berkata, dia curiga apabila kereta jirannya tidak bergerak selama beberapa minggu.

Katanya, Attapols biasanya akan memandu keluar hampir setiap hari untuk membeli barangan runcit.

Berasa bimbang, dia menekan loceng rumah mangsa tetapi tiada sesiapa menjawabnya.

 Dia kemudian mengintai di tingkap dan melihat lampu dibiarkan menyala manakala anjing-anjing jirannya tidak berhenti menyalak.

Sompong kemudian menelefon polis yang membawa kepada penemuan tersebut. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI