fbpx

Wanita mengandungkan adik tiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HOLLIE (kiri) bergambar bersama Faye (kanan) dan adik perempuannya. – DAILY MAIL

EDINBURGH, Scotland – Prihatin dengan nasib ibunya yang sukar mengandung, seorang wanita nekad menjadi ibu tumpang kepada orang tua­nya di bandar Inverness, Scotland baru-baru ini, lapor akhbar Daily Mail.

Hollie Summers, 25, berkata, dia turut mendermakan ovum yang disenyawakan menggunakan sperma bapa tirinya.

“Selepas melahirkan anak ketiga, ibu melakukan prosedur mengikat tiub fallopio kerana enggan mengandung sejak ayah pergi meninggalkan kami.

“Pada 2007, ibu berkahwin lain dan berhasrat hamil semula dengan membuka ikatan tersebut,” katanya kelmarin.

Hollie berkata, beberapa bulan selepas membuka ikatan tiub fallopio, ibunya, Faye hamil secara semula jadi.

“Namun, ibu keguguran dan selepas beberapa tahun mencuba, dia gagal hamil.

“Melihat ibu bersusah payah cuba untuk mengandung, saya menawar diri menjadi ibu tumpang,” ujarnya.

Pada mulanya mereka bercadang menggunakan ovum Faye yang telah dibekukan, namun doktor memberitahu, ia sudah tidak boleh disenyawakan.

“Saya mendermakan ovum dan menjadi ibu tumpang kepada ibu dan bapa tiri saya,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI