PARIS – Perenang negara, Khiew Hoe Yean tersingkir pada penampilan sulungnya di Sukan Olimpik Paris 2024 selepas gagal melepasi saringan acara 400 meter (m) gaya bebas sebentar tadi.
Perenang berusia 21 tahun yang berharap untuk memperbaiki rekod kebangsaan 400m gaya bebas miliknya iaitu 3:48.26 saat (s) hanya mencatatkan masa 3:51.66s dengan menduduki kedudukan keempat pada sesi Heat 2.
Keputusan tersebut menyaksikan Hoe Yean meraih tempat ke-27 keseluruhan daripada 37 perenang yang bersaing pada sesi saringan di La Defense Arena sebentar tadi.
Hoe Yean yang menerima slot wild card ke temasya Sukan Olimpik 2024 sebelum ini pernah menjuarai pingat emas Sukan SEA 2023 yang lepas. – KOSMO! ONLINE