fbpx

Enam kawasan catat suhu lebih 35 darjah Celsius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Enam kawasan di seluruh negara sedang mengalami cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga sehingga pukul 4 petang tadi.

Mengikut perkongsian di Facebook Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), keadaan itu berlaku di empat kawasan di Semenanjung dan dua kawasan di Sarawak.

“Di Semenanjung melibatkan kawasan (Larut dan Matang) Perak, (Kuala Muda) Kedah, (Pasir Mas, Kuala Krai) Kelantan.

“Manakala di Sarawak antara kawasan terlibat termasuklah Bintulu dan Sri Aman,” kata MetMalaysia.

Menurut MetMalaysia, bagi cuaca panas tahap berjaga-jaga, suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI