fbpx

Kak Ani tak ikhlas minta maaf?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERTEMUAN antara Kak Ani dan Micheal Ang berlangsung pada acara AME2020 baru-baru ini.

Umum tahu, perselisihan faham antara Michael Ang dan Noraniza Idris atau Kak Ani bermula sejak awal Disember lalu disebabkan kritikan terhadap persembahannya dalam Gegar Vaganza musim ketujuh.

Kritikan Michael terhadap persembahan Kak Ani membuatkan penyanyi itu terasa hati sehingga membuat kenyataan ingin bertemu empat mata dengan pengarah drama berkenaan.
Ahad minggu lalu, persengketaan antara mereka dikatakan berakhir selepas saling memohon maaf secara terbuka pada Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020).

Lega juga hati Diva melihat mereka sudah berbaik dan meluahkan segala yang terbuku dalam hati. Bagaimanapun, berbeza pula dengan pendapat netizen, ada yang menyifatkan Kak Ani seperti tidak ikhlas membuat dan menerima permohonan maaf berkenaan.

Kata mereka, wajah Kak Ani kelihatan seperti masih menyimpan kemarahannya.

Istighfar panjang Diva baca semua komen netizen. Pandai sungguh menilik perasaan orang lain. Bagi Diva, tidak kisahlah ikhlas atau tidak, janji mereka sudah saling bermaaf-maafan.

Orang luar kalau boleh janganlah mengeruhkan lagi keadaan ya. Doakan yang baik-baik sahaja.

DIVA: Katanya Datuk Seri Siti Nurhaliza akan ada konsert akhir tahun depan. Kerja keraslah Siti lepas bersalin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI