fbpx

Ibu bapa perlu jadi mata, telinga saya tangani buli- Asyraf Wajdi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asyraf Wajdi

PETALING JAYA – Ibu bapa dan pelajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) serta Institut Pendidikan Mara (IPMa) perlu menjadi mata dan telinga dalam melaporkan dengan segera sebarang kes yang melibatkan keracunan makanan atau buli.

Pengerusi Mara, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya juga akan memberi jaminan bahawa identiti setiap pengadu tidak akan didedahkan.

“Semua ibu bapa dan pelajar mesti jadi mata dan telinga saya. Saya tidak akan dedahkan identiti yang melaporkan (kes keracunan makanan dan buli),” katanya dalam satu komen balas di Facebook miliknya.

Terdahulu, menerusi satu hantaran di akaun media sosialnya itu, Asyraf mengingatkan mana-mana pihak bertanggungjawab untuk tidak menutup sebarang perilaku buli mahupun kejadian keracunan makanan di MRSM ataupun mana-mana IPMa.

Jelas Asyraf, tindakan tegas bakal dilakukan terhadap pihak yang menyembunyikan sebarang insiden seumpama itu di mana-mana IPMa.

Hantaran tersebut kemudian mendapat maklum balas dari orang ramai dan ada individu dipercayai ibu bapa kepada pelajar, turut berkongsi satu kes keracunan makanan yang dialami anak mereka.

“Saya minta semua sektor di Mara supaya membaca dan mengambil tindakan terhadap komen daripada orang ramai di media sosial saya.

“Apa-apa pun boleh terus komen dan bagi maklum balas kerana saya sudah bagi arahan pada semua sektor di MARA agar mereka turut baca dan ambil tindakan komen-komen daripada orang ramai,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI