fbpx

UMNO kuat, BN akan menang pilihan raya – Johari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOHARI ketika merasmikan persidangan UMNO Bahagian Ayer Hitam di Dewan Orang Ramai Yong Peng, Batu Pahat, hari ini.

BATU PAHAT – Jika UMNO kuat, semua parti di bawah gabungan Barisan Nasional (BN) seperti MCA dan MIC turut menerima manfaat dengan memenangi kawasan pilihan raya yang dipertandingkan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, contoh paling ketara adalah UMNO Bahagian Ayer Hitam apabila mempunyai kekuatan yang boleh dijadikan panduan kepada bahagian-bahagian UMNO lain.

Katanya, dengan kekuatan UMNO di Bahagian Ayer Hitam, calon MCA samada di peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) boleh menang dengan mudah dalam pilihan raya disertai sejak sekian lama.

“Untuk menjadi sebuah Bahagian UMNO yang kuat, hindari budaya sabotaj dan ingin menjadi calon setiap kali musim pemilihan atau pilihan raya diadakan.

“Disamping itu, semua bahagian UMNO perlu bina kekuatan dari dalam kerana apabila wujudnya rumah yang kukuh pasti akan turut memanfaatkan isi didalamnya,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan persidangan UMNO Bahagian Ayer Hitam di Dewan Orang Ramai Yong Peng di Batu Pahat, hari ini.

Bagaimanapun Johari menegaskan, apabila sudah berada dalam kedudukan yang kuat, jangan cepat ambil mudah dengan semua perkara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI