fbpx

Penunggang motosikal paling cantik maut dalam nahas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OZOLINA (kiri) maut selepas terlibat dalam nahas motosikal di Türkiye. - Foto X/@berkutchii/@TrollCTO69420

ISTANBUL  – Pesohor media sosial yang juga digelar penunggang motosikal paling cantik di Russia, Tatyana Ozolina maut dalam kemalangan motosikal di Türkiye, lapor portal berita Ary News semalam.

Tatyana, 38, meninggal dunia ketika dalam perjalanan antara Mugla dan Bodrum.

Wanita itu dilaporkan menunggang BMW S1000RR berwarna merah apabila motosikalnya dilanggar oleh motosikal rakannya daripada konvoi yang sama.

Dia membrek secara mengejut dan hilang kawalan sebelum bertembung dengan sebuah lori dekat Milas.

Tatyana mengalami kecederaan parah termasuk luka di leher. 

Dia sedar selepas nahas berlaku tetapi tidak dapat bertahan lama dan meninggal dunia sebelum ambulans tiba.

Seorang penunggang motosikal lain mengalami kecederaan dalam nahas sama, manakala penunggang ketiga  tidak cedera.

Nahas itu sedang disiasat oleh pihak berkuasa.

Mendiang Tatyana mempunyai jutaan pengikut di media sosialnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI