fbpx

Liga Super: Kuching City tidak boleh dabik dada – Aidil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyerang The Cats, Kipre Tchetche diasak pertahanan Kedah, Irfan Zakaria pada aksi Liga Super semalam. - Foto ihsan Kuching City

ALOR SETAR – Ketua jurulatih Kuching City, Aidil Sharin Sahak menganggap pasukannya masih di peringkat ‘pembelajaran’ selepas Berjaya mengikat Kedah Darul Aman (KDA FC) 1-1 dalam aksi Liga Super semalam.

Menurut Aidil, pasukannya perlu kekal merendah diri meskipun ada ketika memiliki peluang untuk mencuri tiga mata berharga.

“Buat masa ini, saya masih menganggap Kuching City sebagai pasukan yang baru dibentuk dan rasanya, kami akan menjadi sebuah pasukan yang bagus dan mampu berada dalam kelompok teratas liga untuk tempoh tiga tahun lagi.

“Sebabnya, kami memiliki gabungan pemain muda yang baik, termasuk individu yang berasal dari Sarawak sendiri.

“Ada antara pemain-pemain ini yang cukup berpengalaman tetapi masih muda untuk mencapai kemuncak permainan seperti Nur Shamie Iszuan Amin, Rodney Celvin dan Mohamad Alif Hassan.

“Kami juga membawa anak muda Sarawak berpotensi seperti Filemon Anyie Standly dan Diego Baggio Test ke dalam pasukan utama.

“Mereka ini tampak memiliki keupayaan untuk bersaing dengan pemain dalam pasukan lebih kuat serta berpengalaman dan sebab itulah saya fikir mereka mampu menyinar dalam tempoh beberapa tahun mendatang,” katanya selepas tamat perlawanan.

Kuching City buat masa ini berada di kedudukan keenam Liga Super di belakang KDA FC dengan kedua-dua pasukan mengutip tujuh mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI