fbpx

Nelayan jatuh laut ditemui lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JASAD nelayan yang lemas di perairan Bagan Datuk dibawa ke Jeti Nelayan Sungai Burung, semalam. Foto MARITIM PERAK

BAGAN DATUK – Seorang nelayan yang dilaporkan hilang selepas terjatuh dari bot ketika laut bergelora di perairan Bagan Datuk, kelmarin, ditemui lemas, pagi semalam.

Mangsa, Heng Swee Pau, 46, dijumpai pada jarak 1.5 batu nautika barat muara Sungai Burung, Bagan Datuk, oleh komuniti nelayan kira-kira pukul 9 pagi.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Perak, Kapten Maritim Mohamad Shukri Khotob, berkata, pihaknya sebelum itu menerima aduan mengenai seorang nelayan dipercayai jatuh ke laut ketika bot dinaiki sedang dalam perjalanan memasuki jeti pada jarak dua batu nautika dari muara Sungai Burung.

“Sejurus menerima aduan itu, Kapal Maritim (KM) Malawali telah diatur gerak ke lokasi kejadian bagi mengesan mangsa, namun tidak ditemui,” katanya, di sini hari ini.

Sehubungan itu, jelasnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah diaktifkan dengan penglibatan aset daripada Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) serta komuniti nelayan setempat.

Maklumnya, pangkalan hadapan SAR juga telah ditubuhkan di jeti nelayan Sungai Burung, Perak bagi mengkoordinasikan operasi tersebut kelmarin, sebelum jasad mangsa ditemui semalam.

Terangnya, mayat mangsa dibawa ke jeti nelayan Sungai Burung bagi pengecaman oleh waris seterusnya dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI