fbpx

4 kereta, 1 motosikal parkir di garaj musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadamkan kebakaran melibatkan lima buah garaj di Jalan Gertak Sanggul, semalam.

BALIK PULAU – Sebanyak empat buat kereta dan sebuah motosikal yang diletakkan di lima buah garaj musnah dalam kebakaran di Jalan Gertak Sanggul, Teluk Kumbar di sini, semalam.

Kejadian kira-kira pukul 5 petang itu tidak melibatkan sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa.

Jurucakap bomba negeri berkata, operasi memadamkan kebakaran tersebut melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Balik Pulau.

Menurutnya, anggaran peratusan kemusnahan kebakaran yang berlaku adalah sebanyak 60 peratus.

“Kebakaran telah memusnahkan empat unit kereta iaitu jenis Toyota Estima, Perodua Viva, Proton Persona, Proton Wira dan sebuah motosikal jenis Honda EX5.

“Kebakaran telah dapat dipadamkan sepenuhnya dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dan kerja-kerja ‘overhaul’ dilakukan bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain,” katanya di sini, malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI