fbpx

Tesla batal melabur di Indonesia, Jokowi tak goyah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Elon Musk dan Jokowi.

JAKARTA – Presiden Joko Widodo(Jokowi) menyatakan bahawa Indonesia tidak bergantung pada satu atau dua jenama dalam membangunkan industri kenderaan elektrik (EV) di dalam negara, lapor akhbar Kompas hari ini.

Jokowi berkata demikian selepas pemilik syarikat Tesla yang juga manusia paling kaya di dunia, Elon Musk membuat pusingan U, lantaran membatalkan pelaburannya dalam perusahaan EV di Indonesia.

“Saya beranggapan bahawa kita tidak bergantung pada satu atau dua jenama sahaja(Tesla),” kata Jokowi ketika melakukan lawatan kerja ke Batang, wilayah Jawa Tengah hari ini.

Beliau berkata, sehingga kini, sudah banyak industri EV dari luar negara yang membuka kilang di Indonesia.

Contohnya, kata Jokowi, syarikat PT Hyundai LG Indonesia (HLI) Green Power yang memiliki kilang bateri EV di Karawang, Jawa Barat.

Menurutnya, sebelum ini pun, banyak jenama terkenal lain yang sudah bertapak di Indonesia.

“Sehingga bukan hanya Hyundai saja yang sudah masuk, ada Wuling, ada BYD, ada VinFast. Ada lima apa lagi satu, Chery,” kata Jokowi.

Di Kawasan Industri Terpadu Batang sendiri, ada sejumlah kilang yang akan beroperasi, tambah pemimpin berkenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI