fbpx

Nur Farah Kartini rupanya sepupu bekas menantu legenda bola sepak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suzur Sofia (berbaju hijau) hadir ke mahkamah pagi tadi bagi mendengar pertuduhan yang dibacakan kepada suspek utama kejadian pembunuhan Nur Farah Kartini.

PETALING JAYA – Allahyarham Nur Farah Kartini yang dijumpai maut di sebuah ladang kelapa sawit baru-baru ini merupakan sepupu kepada bekas menantu legenda bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin.

Menerusi satu video secara langsung yang dimuat naik melalui laman sosial Kosmo! Online hari ini, orang ramai mula meninggalkan komen dan menjelaskan perkara tersebut ketika bekas menantu Zainal iaitu Suzur Sofia Smeth Jaya, 33 diwawancara wartawan ketika hadir ke mahkamah pagi tadi.

Meskipun kini sudah tampil bertudung, orang ramai masih mengecam dan mengenali bekas isteri Mohd. Zaiza Zainal Abidin itu ketika hadir ke mahkamah pagi tadi dengan lengkap berjubah rona hijau muda.

Untuk rekod, Mohd. Zaiza yang juga bekas pemain bola sepak Pahang FA itu mendirikan rumah tangga bersama Suzur Sofia pada Januari 2016 sebelum disahkan bercerai talak satu pada Jun tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata.

Suzur Sofia dan kakak ipar Allahyarham Nur Farah Kartini hadir bagi mewakili keluarga untuk mendengar pertuduhan yang dibacakan kepada suspek utama kejadian pembunuhan bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu.

Sementara itu, orang ramai juga turut meninggalkan komen mereka dan menyifatkan keluarga sebelah Allahyarham Nur Farah Kartini rata-ratanya mempunyai raut wajah yang cantik dan menawan.

“Tak sangka rupanya Sofea ni sepupu kepada arwah, tak mustahil sebab wajah mereka lebih kurang dan semua keluarga arwah ni cantik,” kata Hasnurul Haron.

“Aku baru tahu, dulu ada juga terbaca pasal kemelut hubungan Sofea ni dengan bekas suami. Tak sangka betul mereka berdua adalah sepupu.

“Kecil dunia ni, apa-apa pun saya doakan akan ada keadilan kepada Allahyarham Nur Farah Kartini. Semoga keluarga arwah sabar dan bertenang buat masa ini,” jelas Zura Yusoff. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI