fbpx

[VIDEO] Atlet Olimpik Paris teruja ‘unboxing’ telefon lipat percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rachanok ketika menunjukkan telefon pintar percuma yang diperolehinya hari ini.

PETALING JAYA – Acara sukan terbesar dunia Olimpik Paris 2024 yang membuka tirainya malam ini sekali lagi menjadi tumpuan apabila sebahagian atlet dunia termasuk atlet-atlet kebangsaan Malaysia mempamerkan hadiah istimewa berupa telefon pintar jenis ‘Flip’ edisi Olimpik dari jenama terkenal dari Korea Selatan.

Menerusi perkongsian daripada TikTok pemain badminton perseorangan wanita Thailand, Ratchanok Intanon, beliau menunjukkan peranti edisi khas tersebut selepas membuka kit Oimpik Paris 2024 yang diperolehinya hari ini.

Difahamkan, sebanyak 17,000 unit telefon pintar jenis lipat edisi Olimpik itu telah diagihkan kepada atlet-atlet yang menyertai Sukan Olimpik kali ini.

Ini adalah kali pertama syarikat telefon Korea Selatan tersebut menghadiahkan telefon yang masih belum berada dalam pasaran sewaktu sukan Olimpik.

Malah, setiap unit telefon datang dengan rekaan badan kuning dan lambang Olimpik serta Paralimpik dicap di bahagian belakangnya.

Salah seorang atlet renang dari New Zealand, Lewis Clareburt pua berkata, Olimpik 2024 ini turut membawa satu perubahan unik kerana buat kali pertama dalam sejarah, atlet pemenang dibenarkan untuk membawa telefon tersebut untuk mereka ambil gambar kenang-kenangan sewaktu acara penerimaan pingat.

“Kali ini lain dari yang lain, telefon in boleh digunakan sekiranya saya dapat pingat nanti. Cuba kamu kira berapa kali kami cakap ‘bro’ dalam video ni?

“Siapa yang dapat teka saya nak hadiahkan telefon pintar ini kepada kamu,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

@ratchanokmay #olympic2024 #olympicparis2024 #ratchanokintanon ♬ Please Please Please – Sabrina Carpenter

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI