fbpx

Sarjan Mazlan selamatkan pasangan terjun jambatan terima pingat P.G.P

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sarjan Mazlan ketika menyelamatkan pasangan yang terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang, 15 Januari lalu.

GEORGE TOWN – Anggota tentera yang menyelamatkan pasangan terjatuh Jambatan Pulau Pinang Januari lalu akan menerima Pingat Gagah Perwira (P.G.P) sempena sambutan Ulang Tahun Ke-75 Yang di-Pertua Negeri, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

Sarjan Mazlan Abdul Rahman, 35, bakal menerima P.G.P untuk tahun 2024 manakala tokoh DAP, Tan Sri Lim Kit Siang, 83, akan mendahului senarai penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan negeri Pulau Pinang.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang berkata, Yang di-Pertua Negeri telah berkenan menganugerahkan P.G.P kepada Koperal Mazlan bagi menzahirkan penghargaan terhadap keberanian dan semangat perwiranya.

Pada Januari lalu, anggota Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja (2 RMAD) Kem Sungai Ara, Bayan Lepas itu sanggup menggadai nyawa selepas terjun dari Kilometer 2.8, Jambatan Pulau Pinang menghala ke Perai dekat sini bagi menyelamat satu pasangan yang terjatuh.

Menurutnya lagi, pada tahun ini seramai 142 individu bakal menerima penganugerahan darjah kebesaran manakala 1,204 lagi menerima bintang dan pingat kehormatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI