fbpx

Cara Sakinah ajar kekasih mengaji tak kena gaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHARIFAH SAKINAH dan tunangnya.

Baru-baru ini ketika Diva asyik melayan Instagram, tiba-tiba sebuah video milik Sharifah Sakinah muncul.

Video tersebut memaparkan momen Sakinah mengajar kekasihnya, Michael Hansen mengaji dan menyebut huruf jawi alif ba ta dalam sebuah kenderaan.

Menurut pemerhatian Diva, Michael memang lancar menyebut setiap satu abjad jawi tersebut. Kagum juga melihat seorang mat salih yang berusaha belajar huruf jawi.

Bagaimanapun, seperti biasa, hal Sakinah pasti mengundang rasa tidak kena pada mata netizen.

AKSI Sakinah mengajar kekasihnya membaca alif ba ta dalam kereta yang tidak disenangi netizen.

Menurut mereka, cara Sakinah mengajar kekasihnya itu nampak macam tidak sesuai kerana berkait dengan ilmu agama.

Malah, ada yang mendakwa Sakinah pada waktu tersebut hanya berseluar pendek dan oleh kerana itu, dia menutup bahagian kakinya dengan imej lain.

Tentang pakaian Sakinah, tidak pastilah pula tetapi rasanya tiada sesiapa yang selayaknya menjatuhkan hukum kepada pasangan tersebut.

Sebaik-baiknya, lebih bagus jika kita mendoakan Sakinah dan Michael segera menghalalkan hubungan tersebut.

Tidak sabar pula tengok Michael bertanjak bagai semasa bersanding dengan Sakinah nanti.

DIVA: Tidak habis-habis lagi isu Ali Puteh yang dikatakan membalas komen pengikut Instagramnya menggunakan bahasa kasar. Bilalah hendak berubah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI