fbpx

Penguat kuasa, pemandu lori disyaki minta, terima rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedua-dua tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Majistret George Town, hari ini.

GEORGE TOWN – Seorang anggota penguat kuasa dan seorang pemandu lori ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Pulau Pinang hari ini selepas disyaki bersubahat meminta dan menerima wang rasuah kira-kira RM10,000 bagi menyelesaikan satu kes kecurian.

Perintah reman selama dua hari sehingga esok dikeluarkan Majistret Mohamad Azlan Basri di Mahkamah Majistret George Town terhadap anggota agensi penguat kuasa berkenaan manakala pemandu lori direman selama empat hari sehingga 29 Julai ini.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia sekitar 30-an telah ditahan kira-kira pukul 10 malam hingga 12 tengah malam tadi ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Pulau Pinang.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek telah bersubahat meminta dan menerima wang rasuah bernilai kira-kira RM10,000 daripada seorang lelaki sebagai balasan untuk menyelesaikan satu kes kecurian membabitkan tunangnya,”katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Mohd Fuad Bee Haji Basrah ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI