JAKARTA – Seorang suami menangis apabila melihat isterinya dalam keadaan tanpa seurat benang bersama lelaki lain di atas katil di sebuah rumah di bandar Mojokerto, Pulau Jawa, lapor portal berita detikjatim kelmarin.
Suami yang dikenali sebagai RF itu melihat keadaan isterinya ketika menyerbu rumah kekasih gelap wanita berkenaan.
Dia melakukan serbuan bersama empat individu lain kira-kira pukul 4 petang (waktu tempatan) pada Selasa lalu.
Kekasih gelap isterinya itu sudah beristeri dan berumur 40 tahun serta mempunyai 2 anak.
Isteri kepada RF pula berumur 34 tahun.
Rakan RF, Faisal Umar berkata, pihaknya memecahkan pintu depan rumah yang dikunci.
“Pintu bilik juga dipecahkan dan kedua-dua mereka ditemui dalam keadaan telanjang di dalam bilik,” jelasnya kepada wartawan.
RF kemudian menangis ketika melihat keadaan isterinya dengan lelaki lain di dalam bilik tersebut.
Pasangan curang itu ditangkap oleh penduduk sebelum dibawa ke pejabat Desa Sambiroto.
“RF sudah curiga tentang ini (isterinya curang) sejak sebelum hari raya lagi,” kata Faisal. – AGENSI