fbpx

Rakyat Mesir marah harga minyak naik lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan sebuah stesen minyak di Kaherah. - Foto AFP

KAHERAH – Rakyat Mesir meluahkan rasa marah terhadap kerajaan pimpinan Presiden Abdel Fattah al-Sisi berikutan kenaikan mendadak harga semua jenis bahan api khususnya petrol, lapor portal berita The New Arab semalam.

Kenaikan itu adalah kali kedua oleh kerajaan sejak Mac lalu.

Harga baharu yang ditetapkan oleh Kementerian Petroleum dan Sumber Mineral itu dilaksanakan menjelang semakan ketiga program pinjaman sebanyak AS$8 bilion (RM37.24 bilion) oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)  yang dijadualkan pada 29 Julai ini.

Selepas semakan itu selesai, Mesir dijangka menerima pinjaman awal IMF kira-kira AS$820 juta (RM3.81 bilion).

Perjanjian IMF menetapkan bahawa Mesir perlu menurunkan subsidi petroleum dan bekalan makanan.

Mesir mengalami krisis ekonomi paling sukar dalam sejarah moden negara itu. Kira-kira  satu pertiga daripada hampir 106 juta penduduk Mesir hidup di bawah garis kemiskinan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI