fbpx

‘Rider’ seram dengar tangisan wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan suasana sepi dan gelap di kawasan Masjid Al-Akbar di Surabaya. - Detiknews

JAKARTA – Satu klip video tular di media sosial di Indonesia memaparkan detik misteri seorang penghantar barang (rider) yang mendengar suara tangisan seorang wanita, lapor saluran berita Detik semalam.

Rakaman yang dimuat naik di laman sosial itu memaparkan suasana sepi dan gelap sekitar Masjid Al-Akbar di Surabaya. 

Suara tangisan wanita kedengaran jelas klip video tersebut  namun kelibatnya tidak kelihatan. 

Lebih menyeramkan, lelaki itu hanya bersendirian semasa kejadian. 

“Saya sangat terkejut terdengar suara wanita menangis. 

“Padahal, waktu itu masih belum lewat malam dan saya sedang sendirian. Tidak ada orang lain di kawasan tersebut,” kata perakam. 

Perkongsian itu mengundang perhatian orang ramai dan meraih lebih 256,000 tontonan. 

Rata-rata, netizen turut berkongsi kejadian aneh yang pernah menimpa diri mereka, manakala ada mempercayai bahawa tangisan itu berasal daripada makhluk halus. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI